Friday, April 26, 2013

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon dan Peringkat Daerah 2013


Pada 6 April 2013 yang lalu, sekolah telah memilih beberapa orang pelajar dalam MTQ Zon Batu Pahat. Sekolah telah memasuki kesemua pertandingan iaitu
1.      Tilawah al-Quran
2.       Berzanji
3.       Tulisan Khat
4.       Nasyid
5.       Syarahan Spontan
6.       Hafazan Al-Quran


Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Tinggi Batu Pahat.
Hasil daripada pertandingan tersebut sekolah telah mendapat tempat dalam 5 acara yang dipertandingkan
1.      Tempat Pertama dalam Tilawah, Tulisan Khat dan Syarahan Spontan
2.       Tempat Kedua dalam Berzanji
3.       Tempat Ketiga dalam Nasyid.

Sekolah menngucapkan tahniak kepada pemenang dan telah mewakili zon dalam pertandingan MTQ Peringkat Daerah


Pada 13 April 2013 telah diadakan pertandingan MTQ peringkat Daerah yang telah dilaksanakan di SMK Dato’ Syed Esa

Tiga acara sekolah telah mengambil bahagian iaitu Tilawah, Syarahan dan Khat

Hasil daripada pertandingan tersebut sekolah telah mendapat
1.       Tempat kedua dalam pertandingan khat
2.       Tempat ketiga dalam pertandingan syarahan spontan dan tilawah


semoga anda semua sentiasa dalam kejayaan

Read More......

Wednesday, April 24, 2013

Majlis Pelantikan Imam Remaja Sekolah

Imam Remaja Sekolah merupaka satu program yang telah dijalankan oleh JKD Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat. Sekolah telah menjalankan program ini sejak bermulanya Imam Remaja di peringkat Daerah ini. Ianya bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mahir dari segi akademik dan juga cemerlang dari segi sahsiah dan penampilan. 


Perlantikan Imam Remaja Bagi 2013 telah diadakan di Dewan Seri TIGS pada hari Jumaat 19 April 2013.








sepanjang program perlantikan Imam Remaja


terima kasih diucapakan kepada Pengetua Pn Hjh Remi Binti Kadri di atas perlantikan dan nasihat yang diberikan kepada Imam Remaja Sekolah


Semoga dapat melahirkan bi'ah islamiyah dalam TIGS

Read More......