Tuesday, November 9, 2010

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Noorainie Hassan







Pn. Hjh. Noorainie Hassan merupakan Ketua Bidang M/pelajaran Sains Sosial sekolah kami. Bersaranya beliau daripada bidang pendidikan merupakan satu kehilangan besar terutama kepada Panitia Pendidikan Islam sendiri. Terima kasih banyak cikgu....

Read More......

PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya."Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.

Read More......

Tuesday, November 2, 2010

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang...

begitulah peribahasa orang tua yang mempunyai makna yang sangat mendalam. Jika kita inginkan sesuatu, maka kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Dalam usaha tersebut, tentulah kita tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai rintangan, cabaran, ujian dan bermacam dugaan. Tanpa semangat yang teguh, iman yang kuat, kesabaran yang jitu, sudah tentu kita akan kecundang. Justeru itu, pepatah ada menyebut " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ". Usaha yang baik, disirami dengan baja tawakkal, insyaallah kejayaan akan mengiringi....

Read More......

Wednesday, October 27, 2010

Seloka Ustazah

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun “make up”.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Read More......

Persoalan Tentang Aurat Wanita

SOALAN : MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.
JAWAPAN : DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baiktutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal. Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya. Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT. Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarrujwanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)

Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka. Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi
masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang
mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya

Read More......

Thursday, October 21, 2010

Al-kisah....

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

. Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Read More......

Berkat di sebalik membaca Bismillah

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Read More......

Rasulullah SAW dengan sebiji buah limau

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Read More......

Monday, October 18, 2010

Akibat Zina

Read More......

Akhlak Rasulullah SAW

Read More......

Thursday, March 11, 2010

Perkara yang membatalkan iman - tingkatan 4

1. MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA :
 percaya
- DARI SEGI ISTILAH :
 Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota badan.

2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia





3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
• SYIRIK
• MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
• JENIS-JENIS SYIRIK :
1. Syirik Jali
- Maksud :
 perlakuan syirik secara terang-terangan
- Contoh :
 menyembah patung dan berhala
 menyembah bulan atau matahari
 mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
- Akibat :
 rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2. Syirik Khafi
- Maksud :
 tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
- Contoh :
 riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
 ujub (mengagumi diri sendiri),
 takbur (membangga diri)
- Akibat :
 dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
 sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
• Ia membatalkan iman seseorang
• Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
• Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
• Mencemarkan kesucian agama Islam

4. Cara mengelak perbuatan syirik
• Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
• Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
• Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5. Kesan syirik
• Membatalkan iman
• Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
• Dimurkai Allah


• KUFUR
• MAKSUD :
- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

• JENIS-JENIS KUFUR :
1. Kufur Hakikat :
- Maksud :
 ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
- Contoh :
 tidak mengakui balasan diakhirat
 menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
 menyatakan solat fardhu merugikan masa
 menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2. Kufur Nikmat :
- Maksud :
 mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
- Contoh :
 menggunakan nikmat kejalan maksiat
 enggan mengeluarkan zakat / sedekah
 boros membelanjakan harta

• FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
 pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
 terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
 kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

• KESAN PERBUATAN KUFUR ….


• RIDDAH
• MAKSUD :
- berpaling atau keluar daripada agama islam

• SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

• SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
- lemah pegangan agama
- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan

• AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
- hubungan suami isteri terfasakh
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
- haram dikebumikan diperkuburan Islam
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya

• CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

• TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

• HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

• LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
- berpegang teguh dengan ajaran islam
- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
- mendalami ilmu-ilmu agama

• LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

• KESAN PERBUATAN MURTAD …


• KHURAFAT
• MAKSUD
- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

• CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat

• FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

• CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

• AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik


• SIHIR
• MAKSUD
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

• CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

• PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang

• CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

• AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
- merosakkan akidah dan membatalkan iman
- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

• HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
- supaya akidah seseorang tetap terpelihara
- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

• CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


• NIFAK
• MAKSUD
- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

• CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
- berdusta apabila bercakap
- khianat apabila diberi amanah
- bersikap melampaui batas apabila bertengkar
- selalu mungkir janji

• CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- bercakap benar apabila berbicara
- bersifat jujur dan amanah
- menunaikan janji

• AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
- menghilangkan sikap percaya-mempercayai
- melemahkan perpaduan masyarakat
- menghancurkan kekuatan umat islam



4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
• Berpegang teguh pada ajaran Allah
• Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
• Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
• Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
• Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
• Dilaknat dan dibenci oleh Allah
• Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK • Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
• Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK • Keimanan mereka berpura-pura sahaja
• Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN • Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
• Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
• Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan



Read More......

Wednesday, March 10, 2010

Penggumuman!!!

Assalamualaikum wr. wbt.

Guru-guru Pendidikan Islam dan murid-murid boleh mendapatkan bahan dan latihan melalui link di bawah.Terima kasih kepada pihak yang telah membangunkan web berkenaan.

http://anuar2u.com/e-latihan.htm
http://anuar2u.com/e-nota.htm

Read More......

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM


HUKUM NIKAH ADA 5 :
1. WAJIB :
Apabila seseorang itu cukup syarat, mampu dan keinginannya sangat tinggi untuk beristeri kerana ditakuti boleh membawa kepada pekerjaan zina.
2. SUNAT : Apabila seseorang itu cukup syarat, mempunyai keinginan dan suka mendapatkan seorang isteri.
3. MAKRUH : Apabila seseorang itu tidak gemar, tiada kemampuan, berpenyakit, sudah tua, mati pucuk dan lain-lain.
4. HARAM : Apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat, membalas dendam kepada perempuan atau bernikah daripada empat.
5. HARUS : Apabila seseorang itu cukup syarat, berkemampuan tetapi bolah menghindarkan daripada melakukan perzinaan atau juga harus menghimpunkan sehingga empat orang isteri dalam satu masa.



RUKUN NIKAH
Lelaki
Perempuan
Wali
Dua Orang Saksi
Ijab dan Qabul
Syarat Lelaki
• Beragama Islam.
• Tidak muhrim dengan bakal isterinya.
• Tidak beristeri empat.
• Tidak beristeri dengan perempuan yang muhrim dimadukan.
• Tidak dipaksa.
• Tidak sedang ihram.
• Mengetahui diri perempuan bakal isterinya.
• Nyata bener-benar lelaki bukan khunsa.
Syarat Perempuan
• Tidak muhrim dengan bakal suaminya.
• Bukan isteri orang.
• Tidak di dalam iddah dari suami lain.
• Beragama Islam atau kitabiah.
• Nyata perempuan bukan khunsa.
• Tertentu orangnya.
Syarat Wali
• Baligh
• Berakal
• Merdeka
• Lelaki
• Tidak fasik
• Tidak dipaksa
• Tidak sedang dalam ihram
• Tidak rosak fikirannya
Syarat Dua Orang Saksi
• Baligh
• Berakal
• Lelaki
• Beragama Islam
• Adil (tidak fasik)
• Merdeka
• Mendengar
• Melihat
• Berkata-kata
• Mengerti maksud ijab dan qabul
• Tidak kurang ingatannya
• Menjaga maruahnya
SYARAT IJAB DAN QABUL
• Beriringan di antara lafaz ijab dan lafaz qabul.
• Sesuai bunyi ijab dan qabul.
• Didengar oleh dua orang saksi yang mengerti maksudnya.
• Disebut nama perempuan dengan khusus.
• Tidak bertakliq.
• Tidak dibatasi lamanya.
• Perkataan nikah dengan bahasa Arab.
WALI NIKAH
• Dengan wali nasab.
• Dengan wali hakim.

SUSUNAN WALI NASAB
BAGI PEREMPUAN YANG ADA WALI


Siapa Wali Hakim
Seseorang yang dilantik oleh kepala Negara (Raja) untuk menikahkan perempuan yang tidak ada wali di Negeri-negeri disebut (Tuan Kadi).
Sebab-sebab perempuan berwalikan Hakim
• Tidak ada wali nasab.
• Wali semuanya tiada dan yang ada tidak cukup syarat.
• Wali yang lebih dekat ghaib.
• Wali yang lebih dekat masuk penjara dan tidak boleh dihubungi.
• Wali yang lebih dekat sedang ihram.
• Wali yang lebih dekat enggan (adhal) menikahkan.
• Wali yang lebih dekat menyembunyikan diri.
• Wali yang lebih dekat bertahan tidak mahu menikahkan.
• Wali yang lebih dekat hilang dan tidak dapat dikesan.
PEREMPUAN YANG HARAM DINIKAHI
• Sebab keluarga
• Sebab menyusu
• Sebab semenda
• Sebab permaduan
• Sebab kafir
• Sebab isteri orang
• Sebab di dalam iddah

HARAM SEBAB KELUARGA


HARAM SEBAB SUSUAN


HARAM SEBAB SEMENDA
• Mertua perempuan
• Ibu tiri
• Menantu perempuan
• Anak perempuan tiri
Haram sebab persemaduan
• Saudara perempuan isteri kita (adik/kakak ipar)
• Saudara perempuan sebelah bapa isteri (makcik)
• Saudara perempuan sebelah ibu emak isteri

HARAM SEBAB KAFIR DAN HARAM ISTERI
ORANG/ISTERI DI DALAM IDDAH
• Orang lelaki Islam haram nikah dengan perempuan kafir kecuali kafir kitabiah.
• Orang perempuan Islam haram nikah dengan lelaki kafir sekalipun kitabiah.
• Haram nikah isteri orang sekalipun telah diceraikan jika belum tamat iddahnya.

MAHAR ATAU MASKAHWIN
Maskahwin hukumnya wajib dan tidak dibataskan banyak sedikitnya.
SYARAT-SYARAT MAHAR
Benda yang suci
Milik suami
Mesti ada menafaatnya
Sanggup menyerahkannya
Diketahui bendanya, sifatnya dan jumlahnya

MEMILIH JODOH, HUKUM MELIHAT DAN
MEMINANG SERTA BATAS-BATASNYA
MENGIKUT ISLAM
BAKAL ISTERI YANG BAIK

ASAS PEMILIHAN
• Kecantikan
• Harta
• Keturunan
• Agama


FAKTOR AKHLAK
• Wanita yang mempunyai kesabaran
• Wanita yang cukup dengan seorang suami
• Wanita yang sanggup menerima pimpinan suami
• Wanita yang cergas dan kreatif
• Wanita yang halus budi pekertinya
• Wanita yang kuat ibadah

CIRI
KEUTAMAAN LAIN
FAKTOR SOSIAL
• Wanita yang menjaga kehormatan dirinya
• Wanita yang apabila dilihat menyukakannya
• Wanita yang sekufu (yang setaraf)


FAKTOR LAIN
• Wanita yang mempunyai keturunan yang ramai
• Umur tidak kurang 16 tahun
• Wanita yang sedikit maskahwinnya

BAKAL SUAMI YANG BAIK

FAKTOR AGAMA
• Beragama Islam
• Lelaki yang jujur dan kuat ibadah

BAKAL SUAMI YANG BAIK
FAKTOR SOSIAL
• Lelaki yang setaraf.
• Lelaki yang boleh dijadikan ganti ayah/ibunya.
• Lelaki yang bukan penzina, pemabok, pencuri, tidak yang 'Asi' dan perangai tidak menghormati.
• Lelaki yang menjaga darjat dirinya.
• Lelaki yang berkebolehan mengendalikan rumahtangga.
• Lelaki yang mempunyai penuh kepercayaan.
• Lelaki tang mudah pemaaf.
• Lelaki yang penyayang.


FAKTOR LAIN
• Lelaki tidak kurang 18 tahun
• Lelaki berkemampuan
• Lelaki yang rajin dan berpengalaman luas

HUKUM MELIHAT BAKAL ISTERI

WANITA YANG BOLEH DILIHAT
• Perempuan itu bukan pinangan orang lain
• Ada berkemampuan untuk bernikah
• Perempuan itu bukan isteri orang
• Perempuan itu bukan dalam iddah

CARA-CARA MELIHAT
• Melihat hanya pada muka dan dua tapak tangan
• Tidak dibenarkan memegang tubuh badan
• Jika tidak dapat melihat sendiri, boleh dihantar wakil
• Tidak bersunyian
• Boleh membawa kawan lelaki supaya dapat memerhatikannya

CARA TERAKHIR
• Sembahyang Istiharah

CARA MEMINANG MENGIKUT ISLAM

CARA MEMINANG
• Lelaki boleh meminang perempuan (atau wakilnya)
• Perempuan boleh meminang lelaki dengan menghantar wakilnya • Bukan pinangan orang lain
• Bukan perempuan di dalam iddah
• Bukan perempuan bekas isterinya yang dicerai talak tiga sebelum tahalul • Jika anak dara diamnya adalah setuju
• Jika janda hendaklah menyatakan izinnya • Meminang pada masa yang sesuai tidak dalam kedukacitaan, sedang sakit atau sedang penat.
• Jika peminangan diterima hendaklah dirundingkan pernikahannya

PERKARA-PERKARA YANG
BERCANGGAH KETIKA MELIHAT
DAN DI DALAM PEMINANGAN

 Perempuan keluar rumah dengan memakai alat solek dan wangian untuk memikat lelaki kononnya supaya mudah dipinang.
 Membawa perempuan naik kenderaan berduanya ke tempat peranginan.
 Membawa perempuan di tempat sunyi akhirnya telah mengandung sebelum nikah.
 Melihat perempuan di gedung-gedung perniagaan, di pesta-pesta, di gerai makanan.

 Bila anak dipinang, ditanya kerjanya, gajinya, pangkatnya, keretanya, rumahnya.
 Menetapkan belanja hantaran yang terlalu banyak dan membebankan.
 Tukar cincin dan yang ditegah cincin perempuan dipakai lelaki kerana lelaki haram memakai emas.
 Penipuan ketika peminangan dengan menyebutkan lelaki gaji besar, rumah besar, pangkat besar padahal tidak benar.
 Masa pertunangan yang begitu lama.

CHECK LIST'
AKAD NIKAH
 Tempat yang paling baik akad nikah.
 Belanja hantaran gubahan bentuk binatang.
 Nikah gantung.
 Majlis pembatalan wudhu' (bersalaman)
 Selepas akad nikah amalan yang baik.
 Walimah (kenduri nikah).
 Persandingan.
 Masa Walimah.
 Berbulan madu Di masjid
Dilarang
Tidak ada di dalam Islam
Tidak ada di dalam Islam
Solat sunat nikah
Digalakkan kepada suami
Tidak ada di dalam Islam
Dilarang bercampur gaul dan alat bunyian yang melekakan
Diharuskan jika tujuan pendidikan

PERMOHONAN NIKAH MENGIKUT
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
SELANGOR BILANGAN 4/84

UMUR NIKAH Lelaki 18 tahun. Perempuan 16 tahun jika di bawah umur hendaklah mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.
PERMOHONAN BIASA Lelaki bujang / duda. Perempuan anak dara / janda. Ada wakil nisab. Borang yang digunakan di Fasal 16 dan kebenaran di bawah Fasal 17. Bayaran RM 5.00.
PERMOHONAN LUAR BIASA Lelaki poligami, perempuan janda berhias sebelum habis tempoh iddahnya mengikut lazimnya. Tiada walil nasab, wali enggan, perempuan tidak sah taraf (anak zina) hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran mahkamah di bawah fasal 18 manakala poligami di bawah fasal 23.
PENETAPAN MASTAUTIN • Alamat mengikut kad pengenalan
• Dengan tukar alamat
• Tukar kad pengenalan baru, jika belum sampai tempoh 4 bulan
• Dapatkan sokongan Ketua Kampung atau Penghulu

HAK DAN TANGGUNGJAWAB
SUAMI ISTERI
MENURUT ISLAM

STRUKTUR KELUARGA MUSLIM DAN MATLAMATNYA
MENUJU KEREDHAAN ALLAH DAPAT MASUK SYURGA BERSAMA-SAMA
Melahirkan rumahtangga yang harmonis
• Melahirkan hubungan yang baik;
• Setiap sesuatu yang hendak dilakukan hendaklah berunding;
• Selalu menunaikan perintah Allah;
• Selalu berdoa kepada Allah;
• Elakkan dari perbalahan;
• Elakkan selisih faham;
• Melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.
Melahirkan anak-anak yang soleh
• Rancang kehidupan anak-anak;
• Rancang pelajaran anak-anak;
• Didik dengan akhlak yang baik;
• Lahirkan anak-anak ulamak;
• Lahirkan anak-anak yang menghormati orang tua dan berbakti kepada keduanya.
Mewujudkan ekonomi yang stabil
• Mewujudkan kumpulan kewangan keluarga;
• Membuka akakun bank bagi setiap keluarga;
• Mencari sumber kewangan yang halal;
• Berjimat apabila berbelanja;
• Tidak membazir;
• Merancang kegiatan dengan belanja yang murah.
Mengekalkan kesihatan yang stabil
• Jaga makanan yang haram;
• Selalu riadah;
• Selalu berfikir;
• Jangan banyak tidur;
• Jangan menghisap rokok dan minuman keras;
• Jangan makan ubat-ubat segera;
• Banyak membaca yang berfaedah.
Melahirkan keluarga beramal sederhana tawaduk dan taqwa
• Latihan banyak bekerja daripada bercakap;
• Tidak menunjuk-nunjuk harta benda dan ilmu;
• Membuat sesuatu dengan berhati-hati;
• Suka menolong orang;
• Menjauhkan kemungkaran.

CARTA KETAATAN
Suami Isteri
• Taat kepada Allah
• Taat kepada Rasulullah
• Taat kepada ibu bapa • Taat kepada Allah
• Taat kepada Rasulullah
• Taat kepada suami
• Taat kepada ibu bapa


TANGGUNGJAWAB SUAMI
Memberikan Maskahwin Memberi Nafkah Zahir Memberi Nafkah Batin
Memberi Keizinan
________________________________________
• Keluar menuntut fardhu ain jika tidak mengajarnya
• Untuk menziarahi keluarganya (ibu bapanya)
• Membeli keperluan makanan di kedai atau di pasar • Tempat tinggal yang sesuai
• makan minum yang mencukupi
• pakaian yang sesuai
• Alat pembersihan badan
• Belanja rawatan / perubatan • Mempergauli dengan baik
• Dengan kasih sayang
• Ketika sihat
• Tidak di dalam haid / nifas
• Tidak menyakiti isteri
• Mengucapkan terima kasih



SIKAP KEPIMPINAN
• Terus terang
• Tidak memperturutkan kehendak isteri
• Membetulkan jika nusyuz
• Mendoakan
• Memelihara dan melindungi
• Pemaaf
• Bertimbang rasa
• Tolong menolong

TANGGUNGJAWAB ISTERI
TAAT AMANAH AKHLAK
• Mengikut pindah
• Redha bersama suami
• Menyerahkan tubuh badan
• Memadai dengan rezeki yang ada
• Berkelakuan sopan
• Menghormati suami
• Menghormati keluarga suami
• Memberi layanan • Memelihara harta benda
• Memelihara dan mendidik anak-anak
• Berhias untuk suami
• Memelihara kehormatan diri
• Memohon izin
• Tidak membenarkan lelaki masuk ke rumah
• Tidak pergi ke rumah jiran • Tidak berbohong
• Tidak menipu
• Tidak menduakan suami
• Lemah lembut
• Taqwa
• Tawaduk
• Mendoakan
• Memadai seorang suami
• Suka bersama suami
• Dukacita tiada suami

TANGGUNGJAWAB KEPADA ANAK-ANAK
KETIKA DI DALAM KANDUNGAN KETIKA LAHIR KETIKA SUDAH MUMAYIZ SETELAH BERUMUR 10 TAHUN
• Beramal puasa Isnin dan Khamis
• Memberikan makanan halal
• Melakukan Solat Qiamullail
• Membaca ayat Al-Quran
• Berdoa
• Berakhlak mulia • Diazankan dan diqamatkan
• Diaqiqahkan
• Dicukur kepala
• Sedekah
• Dinamakan dengan nama yang baik • Diajar solat
• Diajar membaca Al-Quran
• Dididik dengan akhlak yang baik
• Diajar adab makan
• Adab bersama orang tua
• Adab bersama guru
• Adab berpakaian
• Diasingkan tidur • Kalau tidak solat dipukul
• Didik berpuasa sunat
• Diajarkan halal haram
• Diajar pahala dan dosa
• Diajar menghafaz Al-Quran / Hadis
• Diajar Sejarah Rasul dan Sahabat-sahabat Nabi
• Diajar berdoa
• Berakhlak mulia


PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA
DAN CARA-CARA MENGATASINYA

HUKUM PERCERAIAN
HALAL TETAPI DIMURKAI ALLAH
SUNNI BIDEI
Sunat Makruh
Perempuan buruk akhlak Perempuan baik akhlak
Wajib Haram
Seperti perempuan di ilak (sumpah) Perempuan di dalam haid

PUNCA PERCERAIAN
FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
• Terlalu ego
• Kelemahan nafsu batin
• Kemandulan
• Tiada kesabaran
• Daya fikiran tidak seimbang
• Tekanan jiwa
• Nafkah tidak cukup
• Serang menyerang
• Pernikahan muallaf
• Berlaku penganiayaan
• Pernikahan lari
• Tidak beramal dengan Huku Islam • Isteri bekerja
• Suami membuat perusahaan dengan pembantu perempuan
• Poligami
• Campur tangan keluarga
• Ada orang ketiga
• Membeli benda yang tidak wajib
• Isteri bergiat di luar rumah
• Rumahtangga dibentuk dengan material sema-mata
• Bergaul bebas di luar
• Terkena guna-guna sihir

CARA MENGATASI
Dengan kembali kepada Agama Islam Dapatkan nasihat keluarga yang ada kepakaran Jangan bertindak tanpa berfikir Selalu memohon pertolongan Allah

BAHAGIAN TALAK
TALAK KHULI' FASAKH


KHULU'
TEBUS
Cerai dengan bayaran
" Aku cerai engkau dengan bayaran RM 1,000.00 "
Tidak boleh ruju' semula kecuali nikah semula

FASAKH
Sebab tiada membayar mahar Sebab menyalahi janji Sebab tiada nafkah Sebab penyakit
• Mas kahwin yang disebut dalam akad
• Dibayar tetapi di minta balik
• Hutang • Mesti disebut di dalam akad
• Tidak berlaku benar
• Dari segi fizikal, ilmu • Tiada nafkah
• Tiada cukup nafkah
- Makan
- Minum
- Pakaian • Gila (L/P)
• Kusta (L/P)
• Sopak (L/P)
• Lemah tenaga batin (L)
• Terpotong kemaluan (L)
• Tertutup kemaluan dengan daging (P)
• Tertutup kemaluan dengan tulang (P)

ZIHAR
Menyerupakan sebahagian daripada fizikal isteri dengan perempuan seperti yang haram nikah
Ibunya Neneknya Makciknya Anak perempuannya
Isteri haram disetubuhi sebelum dibayar kifarah atau hendaklah diceraikan.
Kifarahnya :
1. Memerdekakan seorang hamba
2. Puasa dua bulan berturut-turut
3. Memberi makan 60 orang miskin secupak bagi tiap-tiap seorang

ILAK
Bersumpah tidak mahu bersetubuh dengan isteri lebih daripada 4 bulan
Seperti : "Aku bersumpah tidak menyetubuhi engkau setahun"
Setelah empat bulan isteri boleh mengadu kepada Hakim Syarak

SUAMI DIBERI PILIHAN
Surut daripada sumpah dan kifarah Suami hendaklah menceraikan Jika keduanya tidak dilakukan. Hakim sebagai ganti boleh menceraikannya
Kifarah ilak :
1. Memberi makan 10 orang miskin
2. Memberi pakaian 10 orang miskin
3. Memerdekakan hamba

RUJUK
Fasakh tidak boleh rujuk Talak 1 atau 2 sudah disetubuhi boleh rujuk Talak 3 tidak boleh rujuk Talak belum disetubuhi tidak boleh rujuk Khulu' tidak boleh rujuk
Ucapan rujuk
Aku rujuk kepada engkau di atas akad nikahku yang dulu

EDDAH
Tempoh isteri yang telah diceraikan sama ada hendak rujuk atau hendak nikah lain
1. Perempuan dicerai sudah pernah disetubuhi (3kali suci) tidak mengandung.
2. Perempuan dicerai sedang mengandung (hingga bersalin)
3. Perempuan dicerai putus haid, sudah tua (3 bulan sahaja)
4. Perempuan kematian suami (4 bulan 10 hari)
5. Perempuan dicerai belum pernah disetubuhi (tiada eddah)


Read More......

Ibnu Khaldun - Tokoh Sejarawan Ulung


1. Biodata;
• Abdul Rahman Bin Khaldun
• Lahir di Tunis (menetap di Sepanyol)
• Ulamak zaman pertengahan
• Pakar dalam;
- ilmu kemasyarakatan
- pendidikan
- keagamaan
- tamaddun
- undang-undang
- falsafah
• Pernah memegang ketu hakim mazhab Maliki



1. Biodata;
• Abdul Rahman Bin Khaldun
• Lahir di Tunis (menetap di Sepanyol)
• Ulamak zaman pertengahan
• Pakar dalam;
- ilmu kemasyarakatan
- pendidikan
- keagamaan
- tamaddun
- undang-undang
- falsafah
• Pernah memegang ketu hakim mazhab Maliki

2. Sifat peribadi;
• Tegas dalam tugas
• Berkebolehan dalam bidang sosiologi
• Tidak mementingkan pangkat
• Bijak menyelesaikan masalah

3. Pendidikan;
• Dari bapanya
• Hafaz al-Quran sejak kecil
• Melanjutkan pelajaran dengan mempelajari,
 ilmu tafsir
 ilmu hadis
 fikah
 usul fikh
 tauhid
 bahasa arab, nahu, saraf, balaghah, sastera, mantic, falsafah, matematik, sains
 ilmu kemasyarakatan, politik, kebudayaan, pendidikan



4. Sumbangan;
• Mempelopori Ilmu sosiologi (orang pertama membicarakan pembangunan mental, akal, dan fizikal manusia)
• Mahir dalam ilmu sejarah
• Menghasilkan kitab al-Muqaddimah
• Sumbangannya dalam bidang ekonomi
 Berpendapat;
- rezeki perlu dinikmati bersama dengan adil
- Kemajuan negara bergantung kepada kekuatan ekonomi
- Menghasilkan kitab al-Ibar
• Sumbangannya dalam bidang sejarah
 Pengasas filosof sejarah (melalui kitab al-Ibar)
• Sumbangannya dalam bidang politik
 Aktif dalam bidang politik
 Berpendapat; asas untuk membina peribadi dan negara adalah berasaskan Islam
 Mengemukakan teori yang mempengaruhi karya pemikir politik (melalui kitab al-Ibar)
• Sumbangannya dalam bidang sosiologi;
 Pengasas dan guru terkemuka dalam bidang sosiologi

Read More......

Ibadat Haji - Tingkatan 4


Haji:
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.

Pengertiannya dari sudut bahasa:
Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.

Pengertiannya dari sudut istilah syarak:
Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu.



Kelebihan Haji:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).

Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji:
• Islam
• Berakal • Berkemampuan
• Merdeka • Baligh
Bentuk-bentuk Berkemampuan:

• Selamat tubuh badan
• Aman perjalanan • Tidak ditahan
• Terdapat mahram atau suami bagi perempuan • Tidak berada dalam idah bagi perempuan
Syarat-syarat Sah Mengerjakan Haji:
• Islam
• Berihram
• Masa (Miqat ihram menepati masa) • Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)
• Mumayyiz
• Berakal • Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran
• Tidak bersetubuh
Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji:
Ia terdiri dari tiga cara iaitu:
1- Ifrad: Iaitu berniat Haji sahaja.
2- Tamattu': Iaitu berniat Umrah terlebih dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya berihram untuk Haji dari Mekah).
Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.
3- Qiran: Iaitu berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah bersama-sama secara serentak).
Firman Allah Taala:
(فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْي فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَة ٌذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ)
Yang bermaksud:
Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Surah Al-Baqarah, Ayat: 196).
Jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran dan Tamattu' diwajibkan menyembelih kambing biri-biri (dam) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala kerana dia berjaya mengerjakan Umrah dan Haji pada bulan-bulan Haji dengan baik serta di dalam satu perjalanan musafir, sekiranya dia tidak mampu menyembelih dam, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji dan tujuh hari selepas dia pulang ke tanah air.

Read More......

Monday, March 8, 2010

Kenali Tokoh Islam - Ibnu Sina


IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.
Latar Belakang Ibnu Sina
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.



Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.
Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.
Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."
Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :
1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).
6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.
8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.
9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.
Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.
RUJUKAN
1. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi.
2. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
3. H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta.

Read More......

Salam Maulidur Rasul 1431H


Pada 5 Mac 2010 bersamaan 19 Rabiul Awwal 1431H, TIGS telah merayakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis sambutan ini dirayakan saban tahun dan menjadi aktiviti rutin panitia. Pihak Panita Pendidikan Islam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para dermawan dan juga warga TIGS yang telah banyak menyumbang tenaga dan idea untuk menjayakan majlis tersebut.





















Read More......

Wednesday, February 24, 2010

Renungan untuk perempuan

Untuk renungan semua isteri2 dan tugas suami2 memperingatkan isteri2 masing-masing...
Nabi menangis kerana perempuan ???
Rasulullah S.A.W bersabda:
Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda:
"Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1) Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.
2) Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.
Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah meliha kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."
3) Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.
4) Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.
5) Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.
6) Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
7) Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala kengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.8) Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
9) Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.
10) Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.
Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Namun begitu jika seorang wanita benar-benar menjalani kehidupan seperti yang ditetapkan oleh Islam, maka syurgalah tempatnya wanita itu. Mudah-mudahan kita digolongkan di antara wanita-wanita yang solehah dan menjadi ahli syurga. Insya Allah.


Read More......

Tuesday, February 23, 2010

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H


Saban tahun kita menyambut hari kelahiran junjungan kita yang dikasihi iaitu Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, sekali lagi pada tahun ini kita dipanjangkan usia, maka dapatlah kita menyambut dan memperingati semula perjuangan Nabi kita tercinta. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H kepada semua warga TIGS khususnya dan seluruh umat Islam diserata dunia.


Menyambut Maulidur Rasul bermakna kita harus iltizam untuk terus menjunjung sunnah baginda SAW dalam segenap dimensi kehidupan kita. Kita wajib memasak pancang jihad ,dakwah dan tarbiyyah yang ditinggalkan baginda untuk diwariskan kepada generasi selanjutnya. Ia juga bererti kita wajib menjadi mata rantai risalah baginda yang berkesinambungan serta membawa obor tajdid dan taghyir yang dipelopori baginda.

Kita kenangkan saat-saat sebelum kelahiran dan kebangkitan baginda SAW, ketika dunia dihinggapi virus jahiliyyah, ketika kuasa didominasi para perakus dan penguasa yang zalim, ketika umat ibarat buih yang terhempas di lautan, ketika masyarakat sarat dengan kebejatan social. Ketika itulah allah mengutuskan baginda sebagai penyelamat dan agen perubah umat.Rasulullah SAW menjadi cahaya ke seluruh alam, petunjuk sepanjang jalan dan pemimpin ke jalan yang lurus. Menerusi proses tilawah, tazkiyah dan ta’lim, baginda telah memulakan satu gerakan perubahan umat.

Marilah kita menggali semula jejak dakwah dan tarbiyah baginda SAW dalam mengasaskan satu binaan Islam. Mari kita sematkan sejarah keagungan baginda dalam benak jiwa dan fikiran kita. Jangan kita menjadi penderhaka kepada baginda SAW dengan hanya sekadar berarak, berselawat dan bersepanduk tetapi kita mencerca dan mengabaikan sunnah baginda terutama sunnah kubra iaitu berdakwah dan berjihad untuk mengembalikan ketuanan Islam di muka bumi ini.

ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) amat yakin bahawa dengan kita meneladani sisi-sisi kehidupan baginda dan mengimplimentasikannya di dalam kehidupan, kita mendekatkan julat keagungan dan kejayaan yang telah ditempa baginda ar-Rasul SAW.

Semoga kehadiran Maulidur Rasul 2010 menambahkan kecintaan dan kerinduan kita pada baginda sekaligus memotivasikan kita untuk sederap melangkah ke hadapan bagi menakhodai bahtera perubahan ini. Biar jasad baginda jauh dari mata kita namun jihad,dakwah,tarbiyah serta sosok baginda dekat disanubari kita.

Read More......

Friday, January 1, 2010

Amalan di bulan Muharram

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;


1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim). Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram
Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima”).Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura
Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.5. Doa Awal TahunBerdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

Read More......